KatalogTerdapat 5 pilihan utama yang anda boleh dapati di dalam katalog Countryside:-
i) Pasu Tembikar - pasu menarik yang diperbuat daripada tembikar ini terdiri daripada 3 jenis iaitu yang bertebuk ,tidak bertebuk dan yang mempunyai corak bunga tampal. Warnanya pula ada yang asli, dicat seperti warna kayu dan ada yang 'bronze'.
ii) Pasu Tembikar Berlampu - pasu ini telah diubahsuai dengan kreativiti pengukirnya menjadi lekukan corak-corak seperti flora. Di samping itu, penambahan fungsi sebagai lampu yang sesuai diletak di taman atau dalam rumah menjadikannya sangat menarik sebagai hiasan kediaman.
iii) Labu Sayong - labu air ini memang telah lama dikenali ramai sebagai bekas menyimpan air. Warna ini ditentukan oleh masa di dalam ketuhar dan suhu darjah pembakaran tersebut.Dipercayai bahawa air yang disimpan di dalam labu ini boleh menyejukkan badan dan mengubati penyakit.Air yang disimpan akan menjadi sejuk secara semula jadi seperti disimpan di dalam peti ais.
iv) Bekas Telur Tembikar - terdapat berbagai corak bunga telur yang sesuai diberikan pada upacara perkahwinan kepada tetamu undangan. Sila hubungi kami untuk mengetahui kaedah menempah bekas telur tembikar.
v) Cenderahati - ini merupakan perkhidmatan terbaru kami bagi yang berminat untuk menempah hadiah untuk majlis korporat/perasmian dsb. Anda boleh menyertakan logo dan plet nama pada cenderahati.
|
|
|
Hakcipta Terpelihara 2007 Countryside2u |